Beberapa Ibadat/Adab Harian
Adab Tidur
Tidur
bagi seorang muslim adalah dikira ibadat jika ia memenuhi adab-adabnya yaitu:-
-
Membersihkan
badan dari najis dan hadas bila hendak tidur, disunatkan mengambil wuduk
sekalipun ia berada dalam hadas besar. Kedudukan
badannya di waktu tidur mengadap ke kiblat seperti kedudukan mayat Membaca doa atau
surah-surah yang tertentu sewaktu hendak tidur, Rasulullah s.a.w. antara
lainnya bila hendak tidur membaca surah al-ikhlas, al-Falaq dan al-Nas
dihembuskan bacaan itu di kedua belah tangannya dan digosok ke seluruh badannya
di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan ini diulangnya sebanyak
tiga kali berturut-turut.
Adab
Bangun dari Tidur:
1.
Seorang
Muslim apabila sedar dari tidur di waktu pagi hendaklah melafazkan ucap syukur
kepada Allah s.w.t. kerana Allah masih memanjangkan umurnya untuk hidup. Ucapan
syukur yang bermaksud: "Puji-pujian bagi Allah yang menghidupkan kami
selepas kami dimatikan (tidur) dan kepadaNya kami kembali".
2.
Kemudian
ia bangkit menuju ke bilik air, ketika itu hendaklah ia kemaskan pakaiannya
dengan niat menutup aurat yang dituntut oleh syarak.
Adab Masuk dan Keluar Tandas
1.
Tandas
adalah tempat kotor, tidak digalakkan tinggal lama di dalamnya kecuali sekadar
untuk keperluan membuang air, disunatkan meletakkan sesuatu untuk menutup
kepala ketika masuk tandas. Dimulakan dengan membaca doa pelindung yang
bermaksud:- "Hai Tuhan, sesungguhnya aku minta perlindungan dengan Engkau
dari syaitan jantan dan betina".
2.
Kemudian
melangkah masuk dengan kaki kiri.
3.
Apabila
telah selesai membuang air hendaklah keluar segera dengan melangkah kaki kanan,
kemudian membaca doa kesyukuran kepada Allah yang bermaksud: "Puji-pujian
bagi Allah yang telah menghilangkan daripadaku kesakitan dan menyihatkan
aku".
4.
Apabila
telah selesai membersihkan najis hendaklah membaca doa bagi membersihkan
kotoran zahir dan batin yang bermaksud:- "Hai Tuhan bersihkan hatiku dari
nifak dan jagalah kemaluanku daripada zina".
Adab Bersugi dan Berwuduk
1.
Membersih
mulut dan gigi amat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:- "Kalaulah tidak kerana menyusahkan umatKu nescaya Aku menyuruh
mereka bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang".
2.
Bersugi
adalah sunat menggunakan kayu sugi atau lain-lain alat sugi yang boleh membersihkan.
3.
Sesudah
itu mengambil wuduk, di waktu membersih anggota-anggota wuduk itu hendaklah
diingatkan untuk membersih kekotoran batin juga. Bagi mengikat hati seseorang
dari leka dan lalai ketika mengambil wuduk, setengah ulamak meminta supaya
membaca doa di setiap anggota yang dibasuh dan disapu. Dimulakan wuduk membaca
yang bermaksud: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hai Tuhan, aku minta berlindung dengan Engkau dari gangguan Syaitan dan aku
minta berlindung dengan engkau, hai Tuhan dari mereka datang kepadaku".
4.
Ketika
membasuh dua tangan hendaklah membaca doa yang bermaksud: "Hai Tuhan,
sesungguhnya aku meminta dari Engkau kesempurnaan dan keberkatan dan aku minta
perlindungan dengan Engkau dari kecelakaan dan kebinasaan".
5.
Ketika
berkumur hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, tolonglah aku
membaca kitab Engkau, banyak berzikir kepada Engkau dan tetapkanlah aku dengan
kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat".
6.
Ketika
memasukkan air ke hidung hendaklah membaca doa yang bermaksud: "Hai Tuhan,
berikan kepadaku bau-bauan syurga dan Engkau reda kepadaKu".
7.
Dan
ketika mengeluarkan air dari hidung hendaklah membaca doa yang bermaksud:-
"Hai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari bauan neraka
dan kesiksaan neraka".
8.
Ketika
membasuh muka selain dari niat wuduk bacalah doa yang bermaksud:- "Hai
Tuhan, bercahayalah mukaku dengan cahaya Engkau, pada hari bercahayanya muka
wali-wali Kamu dan janganlah kamu menggelapkan mukaku dengan kegelapan Engkau
pada hari menjadi hitam muka musuh-musuh Kamu".
9.
Ketika
membasuh tangan dan siku hendaklah membaca doa; bagi tangan kanan membaca doa
yang bermaksud:- "Hai Tuhan, serahkanlah rekod amalanku melalui tangan
kananku dan perhitungkanlah aku secara mudah".
10. Dan bagi tangan kiri hendaklah
membaca yang bermaksud:- "Hai Tuhan sesungguhnya aku berlindung dengan
Engkau dari Engkau serahkan buku rekodku melalui tangan kiriku atau dari
belakang".
11. Ketika menyapu kepala hendaklah
membaca doa:- "Hai Tuhan litupilah aku dengan rahmat Engkau, turunkan
keberkatan Engkau kepada aku, lindungilah aku dibawah bayang arasy Engkau pada
hari yang tidak ada sebarang perlindungan kecuali lindungan bayangan Engkau,
hai Tuhan, peliharalah rambutku dan kulitku daripada api neraka".
12. Katika menyapu dua telinga
hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, jadikanlah aku dari
kalangan orang yang mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya, hai Tuhan
perdengarkanlah aku malaikat yang menyeru ke syurga, di syurga bersama-sama
orang yang baik-baik".
13. Ketika membasuh kaki kanan
hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, tetapkanlah kakiku di
atas titian Sira al-Mustaqin bersama tetapnya kaki-kaki hamba-hambamu yang
salih".
14. Dan ketika membasuh kaki kiri
hendaklah membaca yang bermaksud:- "Hai Tuhan, sesungguhnya aku minta
berlindung dengan Engkau dari tergelincirnya kakiku di atas titian Sirat ke
dalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafik dan
musyrik".
15. Apabila selesai mengambil
wuduk, diakhiri dengan doa yang bermaksud:- Hai Tuhan, jadikanlah aku dari
golongan orang-orang yang bertaubat, jadikanlah aku dari golongan orang-orang
yang bersih dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang salih".
Adab ke Masjid
Keluar
ke Masjid ialah menuju ke rumah Allah, untuk ke sana perjalanan hendaklah dalam
keadaan tenang, kusyuk dan rendah diri. Ketika keluar membaca doa yang
bermaksud:- "Hai Tuhan, jadikanlah dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya,
jadikanlah pada pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya,
jadikanlah di belakangku dan di hadapanku cahaya, dan jadikanlah di atasku
cahaya, hai Tuhan berikanlah kepadaku cahaya".
Adab Masuk dan Keluar Masjid
1.
Apabila
sampai ke Masjid masuklah dengan langkah kaki kanan dan membaca doa yang
bermaksud:- "Dengan nama Allah dan salam ke atas perutusan Allah, Hai
Tuhan, ampunilah dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu rahmat Engkau
untukku".
2.
Apabila
keluar dari masjid hendaklah membaca doa yang bermaksud:-"Dengan nama
Allah dan salam ke atas perutusan Allah, Hai Tuhan, ampunilah dosa-dosaku dan
bukalah pintu-pintu kelebihan Engkau untukku".
Adab Dalam Masjid
1.
Apabila
masuk ke Masjid sebelum duduk hendaklah sempurnakan sembahyang sunat
"tahiyatul-Masjid" dua rakaat, lafaz niatnya yang bermaksud:- "Sahaja
aku sembahyang sunat tahiyatul-Masjid dua rakaat kerana Allah Taala".
2.
Kemudian
diikuti dengan bacaan fatihah dan surah bagi tiap-tiap rakaat.
3.
Setelah
selesai sembahyang hendaklah diniat duduk iktikaf dalam masjid iaitu yang
bermaksud:- "Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah
Taala".
4.
Di
waktu iktikaf itu adalah sebaik-baiknya diisi dengan bacaan Quran, zikir,
selawat ke atas nabi, doa, sembahyang sunat dan lain-lain. Di dalam masjid ini
hendaklah dielakkan dari percakapan-percakapan bersifat keduniaan.
Adab Puasa
-
Puasa
Ramadan adalah puasa wajib. Selain dari itu terdapat puasa-puasa sunat yang
digalakkan oleh Syarak untuk peningkatan diri seseorang.
-
Puasa
mingguan iaitu hari Isnin dan Khamis.
-
Puasa
bulanan sehari di awal bulan, sehari di pertengahan bulan dan sehari di akhir
bulan. Selain dari itu disunatkan puasa hari ketiga belas, empat belas dan lima
belas pada tiap-tiap bulan.
-
Puasa
dalam bulan tertentu iaitu hari kesepuluh bulan Muharam (Asyura) dan hari
kesembilan (tasu*a), puasa sehari di awal sepuluh hari bulan Zulhijjah, bulan
Muharram dan bulan Rejab. Sunat banyak berpuasa pada bulan Syaaban.
-
Apabila
berpuasa hendaklah sentiasa menjaga adab zahir iaitu anggota dan lidah dari
melakukan dosa dan batinnya supaya sentiasa ikhlas dan mengingati Allah. Secara
umumnya niat puasa sunat ialah yang bermaksud:- "Sahaja aku puasa sunat
besok hari kerana Allah Taala".
Adab Baca Al-Quran
Membaca
Quran adalah ibadat. Setiap perkataan dan huruf yang disebut diberi pahala.
Selain dari menimbulkan kesedaran batin dan kebersihan rohani manusia, sebab
itu Rasulullah s.a.w. menekankan kepada sahabat-sahabatnya supaya meluangkan
masa seberapa yang banyak untuk membaca dan memahami al-Quran. Secepat-cepat
pembacaan Quran dikatamkan dalam masa tiga hari dan selewat-lewatnya jangan
lebih dari sebulan dan sebaik-baiknya Quran dapat dikatamkan bacaannya dalam
masa seminggu. Para sahabat kenamaan seperti Uthman, Zaid Ibn Thabit, Ibn
Mas*ud dan lain-lain mengkatamkan Quran dalam masa seminggu dengan dibuat
penyusunan surah-surah seperti berikut:-
-
Malam
Jumaat, Surah al-Baqarah - Surah al-Ma*idah
-
Malam
Sabtu, Surah al-*An*am - Surah Hud
-
Malam
Ahad, Surah Yusuf - Surah Maryam
-
Malam
Isnin, Surah Taha - Surah al-Qisas
-
Malam
Selasa, Surah al-Ankabut - Surah Sad
-
Malam
Rabu, Surah al-Tanzil - Surah al-Rahman
-
Malam
Khamis menghabiskan surah-surah yang baki.
Selain
dari itu ada surah-surah yang tertentu digalakkan ulang membaca setiap hari
seperti Yasin, al-Dukhan, al-Waqiah dan al-Mulk, lebih-lebih lagi pada hari dan
malam Jumaat dengan ditambah surah al-Kahf dan Ali Imran.
Membaca
Quran untuk keberkesanannya perlu kepada adab-adabnya antaranya ialah:-
-
Disunatkan
berwuduk untuk membaca Quran, memakai pakaian yang bersih dan di tempat yang
bersih.
-
Disunatkan
membaca auzubillah di permulaan membaca.
-
Disunatkan
duduk menghadap kiblat, dengan kusyuk dan tenang serta menundukkan kepala.
-
Disunatkan
bersugi sebagai membesarkan Quran dan membersihkan.
-
Hendaklah
diberi perhatian membaca Bismillah di awal tiap-tiap Surah kecuali surah
Bara*ah.
-
Disunatkan
membaca dengan penuh perhatian dan kefahaman, dengan demikian dapat melapangkan
dada dan menyinarkan hati.
-
Disunatkan
menangis atau menimbulkan tangisan di waktu membaca Quran atau melahirkan
perasaan sedih dan kusyuk.
-
Memerdukan
suara bila membaca Quran.
-
Disunatkan
membaca dengan Tafkhim.
-
Disunatkan
mengangkat suara atau merendahkan suara bila membaca Quran, ini bergantung
kepada suasananya.
-
Membaca
dimushaf lebih afdal dari membaca dari hafalan.
-
Apabila
pembaca tersilap atau terlupa ayat hendaklah dibaca ayat sebelum itu kepadanya.
-
Makruh
menutuskan bacaan dengan percakapan manusia.
-
Tidak
harus membaca Quran dengan bacaan Shaaz.
-
Sebaik-baik
bacaan ialah mengikut tertib yang disusun dalam mushaf.
-
Disunatkan
menepati sebutan setiap huruf dalam Quran mengikut penentuan yang ditentukan
oleh setiap wajah bacaan, tidak diubah kepada wajah bacaan lain.
-
Sunat
mendengar Quran apabila dibaca.
-
Waktu
yang diutamakan membaca Quran ialah di dalam sembahyang, waktu malam, separuh
akhir malam dan sebaik-baik siang selepas subuh.
-
Memelihara
kehendak-kehendak maksud ayat bila membacanya. Apabila membaca ayat Sajdah
hendaklah dilakukan sujud. Doa yang dibaca dalam sujud adalah mengikut konteks
ayat yang dibaca.
-
Dalam
Quran terdapat sebanyak 14 tempat ayat Sajdah. Apabila membaca ayat tasbih
hendaklah ia bertasbih dengan berkata subhanallah, ayat doa hendaklah berdoa
dan beristigfar dengan berkata:-
-
Disunatkan
berpuasa pada hari Khatam Quran.
-
Diakhiri
bacaan Quran dengan doa.
Adab Berdoa:
Allah
berfirman maksudnya "minta doalah daripadaKu, aku menerima doamu"
(al-Mukmin 60)
-
Memilih
waktu yang baik bila bedoa seperti hari Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadan,
waktu sahur, waktu malam dan sebagainya.
-
Memilih
suasana yang baik seperti di waktu sujud, waktu hendak mendirikan sembahyang
waktu di antara dua khutbah dan sebagainya.
-
Mengadap
ke Qiblat dengan mengangkat dua belah tangan sehingga nampak ketiaknya dan
menyapu dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
-
Tidak
mengangkat suara di waktu berdoa.
-
Berdoa
dengan penuh perasaan takut, gerun, kehebatan dan kebesaran Allah serta khusuk
kepadaNya.
-
Merasa
tenang dan yakin dengan penerimaan Allah dan menaruh penuh harapan kepadaNya.
-
Doa
susunan katanya tidak memberatkan dan tidak bersajak.
-
Berdoa
dengan penuh perhatian dan mengulang-ulang sebutan.
-
Memulai
doa dengan menyebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
-
Membersihkan
batin dengan bertaubat kepada Allah dan hanya menerima Allah sepenuhnya.
-
Bersih
badan dari kekotoran hadas dan najis.
Adab Berzikir:
Allah
berfirman maksudnya, "maka ingatlah kepadaku, nescaya Aku ingat
kepadamu". "Sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah dapat
menenangkan hati".
-
Berzikir
dapat dilakukan dengan lidah atau hati sahaja, tetapi yang sebaik-baiknya
berlaku serentak di antara hati dengan lidah. Sebaik-baik tempat berzikir ialah
di tempat lapang dan bersih, digalakkan berzikir di Masjid dan tempat-tempat
lain yang bersih dan terhormat.
-
Berzikir
hendaklah dengan ada kesedaran hati, menyedari dan memahami apa yang diucapkan.
-
Berzikir
dengan penuh perhatian dan kemesraan terhadap ucapan itu "takbir"
dengan itu ucapan zikir hendaklah perlahan dan tidak cepat.
-
Kebersihan
diri dari kekotoran hadas dan najis.
Adab
Bertaubat:
Allah
berfirman maksudnya, "Allah suka kepada orang yang bertaubat dan orang
yang bersuci".
1.
Taubat
ialah meminta keampunan dari Allah s.a.w. di atas kesalahan yang dilakukan
samada terhadap Allah atau manusia. Lafaz taubat yang bermaksud: "Aku
meminta ampun dari Allah yang Maha Besar yang tiada Tuhan yang lain melainkan
Dia yang hidup dan berdiri dengan sendiri dan juga aku minta taubat
daripadaNya."
2.
Bagi
keberkesanan taubat perlu kepada memenuhi syarat-syarat ini, meninggalkan
daripada maksiat itu, menyesal di atas perbuatan yang dilakukan dan ia
berkeyakinan tidak akan kembali mengulangi maksiat itu selama-lamanya. Kalau
kesalahan itu berkaitan dengan hak manusia hendaklah dikembalikan atau diminta
izin daripadaNya.
0 comments: